‘Teruja Nak Cuba Restoran Baharu Tapi Bila Makan Kat Situ, Rasanya Teruk!’ – Uncle Roger

Food
6 Jan 2026 • 10:53 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan kekecewaan kerana rasanya yang tidak sedap.

Uncle Roger buat luahan

image is not available

Foto: Nigel Ng

Menerusi satu hantaran di Threads baru-baru ini, pemilik nama Nigel Ng itu menyifatkan keadaan tersebut ‘merosakkan seluruh minggunya’ gara-gara rasa makanan yang mengecewakan.

“Perasaan paling teruk dalam dunia ialah bila teruja nak cuba restoran baharu tapi akhirnya bila makan kat situ, rasanya teruk! Hancur terus mood sepanjang minggu,” tulisnya.
image is not available

Foto: Nigel Ng

Meninjau ke ruangan komen, sesetengah netizen berseloroh menyatakan rasa pengalaman makanan di restoran baharu itu mengingatkan mereka kepada restoran milik Uncle Roger sendiri iaitu FUIYOH! It’s Uncle Roger.

Artikel lain: Uncle Roger Kahwini Rakan Baik! Adakan Majlis 3 Hari Penuh Tradisi Cina, Bengal & Barat

image is not available

Foto: Nigel Ng

Malah, ada juga netizen menyatakan bahawa rasa makanan di FUIYOH! It’s Uncle Roger tidak terlalu mengecewakan ataupun istimewa, selain mendakwa bahawa rasa yang sama boleh didapati di tempat lain dengan harga lebih berpatutan.

Pengalaman sama di restoran kamu

image is not available

Foto: Nigel Ng

Kedai mamak rasa lebih sedap?

image is not available

Foto: Nigel Ng

Cakap depan cermin ke?

image is not available

Foto: Nigel Ng

Untuk makluman, pembukaan restoran FUIYOH! It’s Uncle Roger pada September 2024 pernah mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mencuba pelbagai hidangan nasi goreng ‘premium’ yang terkenal di premis berkenaan.

Sumber: Threads @mrnigelng

The post ‘Teruja Nak Cuba Restoran Baharu Tapi Bila Makan Kat Situ, Rasanya Teruk!’ – Uncle Roger appeared first on Borak Daily.