
BEIJING – Sebuah tangga tali yang tergantung pada ketinggian hampir 1,500 meter di Gunung Qixing, bandar Zhangjiajie menjadi tumpuan pelancong untuk merasai pengalaman pengembaraan ekstrem lagi mendebarkan, lapor laman berita VN Express.
Kawasan pelancongan terkenal di Wilayah Hunan itu sinonim dengan tiang-tiang batu pasir yang tersergam indah.
Namun, laluan mendaki di Gunung Qixing yang berketinggian 1,528 meter dari aras laut itu menjadi tumpuan utama peminat kembara ekstrem.
Menurut laporan Travel China Guide, pengunjung diberi pilihan dua laluan pendakian mengikut tahap keupayaan fizikal masing-masing.
Majoriti pelawat memilih laluan 1 sepanjang 1.2 kilometer yang mengambil masa sekitar tiga jam.
Laluan ini pilihan popular kerana tahap kesukarannya lebih rendah serta menampilkan tarikan utama yang dinamakan tangga langit.
Diiktiraf Guinness World Records sebagai tangga terpanjang di dunia, struktur sepanjang 168 meter itu tergantung kira-kira 1,500 meter di atas permukaan tanah. – AGENSI
The post Teruja panjat tangga langit appeared first on Kosmo Online.
