Teruk Dihentam, Jennie BP Mohon Maaf & Akui Kesalahan Hisap Vape Di Kawasan Terlarang

Entertainment
9 Jul 2024 • 3:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Jennie akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi yang menyelubungi dirinya.

Baru-baru ini, Jennie BP teruk dikecam selepas ‘ditangkap’ menghisap rokok elektronik dalam kawasan terlarang, menerusi sebuah vlog percutiannya ketika di Itali.

Selepas pelbagai kecaman, wanita itu mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada semua orang yang terkesan.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan agensi:

Hello.
Ini adalah OA Entertainment.

Kami memohon maaf kepada semua orang yang berasa tidak selesa dengan tindakan Jennie dalam kandungan yang dikeluarkan pada 2hb.

Jennie mengakui dan amat menyesali kesilapannya vape di kawasan dalam bangunan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kakitangan. Jennie secara peribadi telah meminta maaf kepada semua kakitangan di lokasi yang mungkin terkesan.
Kami memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan kejadian ini. Kami berharap dapat mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi pada masa hadapan.

Terima kasih.

Semoga Jennie ambil pengajaran..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.