Teruk Dihentam Sebab ‘Lari’ & ‘Kurang Ajar’ Lepas Dapat Sumbangan RM55K, Tuan Badan Akhirnya Bersuara

22 Jun 2023 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari lepas, hangat menjadi bualan tentang seorang pemuda yang didakwa mencurigakan kerana berubah selepas peroleh puluhan ribu wang sumbangan daripada orang ramai.

Terdahulu, dia telah memohon bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan kos rawatan dan perubatan ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan.

Ketika itu keluarganya dalam perjalanan ke Cyberjaya untuk pendaftaran universiti dan insiden terbabit telah mengorbankan adik lelakinya manakala abang, ibu dan dua lagi adiknya dilaporkan cedera.

image is not available 22 jam lalu

Pemuda Dianggap 'Mencurigakan', Dapat Sumbangan RM55K Tapi Enggan Kongsi Bukti Resit Rupanya Ini Cerita Sebenar

Terbaru, pemuda berkenaan akhirnya telah tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan terhadap dakwaan dia menipu dan bersikap kurang ajar.

Menerusi Twitter, dia telah membuat permohonan maaf selain turut akui sedang dalam keadaan tertekan sejak kemalangan itu berlaku.

Dia juga mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan dan menjawab semua persoalan dan syak wasangka orang ramai terhadapnya.

image is not available image is not available

Tambahnya, ibunya dibawa ke hospital swasta kerana berlaku kekeliruan berkenaan perlindungan insurans di mana selepas pengesahan sebenarnya pihak insurans tidak menanggung kos yang diperlukan sepenuhnya iaitu sebanyak RM200,000.

Makluman awal mengatakan ibu dapat perlindungan penuh insuras di bawah MiCare tetapi hanya diluluskan sebanyak RM42,000.”

image is not available

image is not available

Dalam pada itu dia juga menjelaskan, harga RM200,000 tersebut tidak termasuk dengan kos lain selepas pembedahan, rawatan lanjut, perubatan dan ventilator.

Selain itu, pemuda tersebut turut menunjukkan bukti tangkap layar transaksi selepas ada yang mendakwa dia menggunakan dana sumbangan untuk kepentingan peribadi.

image is not available

View Original Article