Teruk Dikecam, Ajai Komen Persembahan The Gadys – “Begitulah Nyanyian Kalau Selalu Autotune”

Music
8 Mar 2024 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih belum habis diperkatakan tentang persembahan kumpulan The Gadys di sebuah majlis anugerah baru-baru ini yang menerima kritikan ramai.

Selepas menonton klip yang tular di media sosial itu, rata-ratanya berpendapat tiga ahli kumpulan berkenaan tidak mempunyai bakat dan tidak boleh menyanyi.

 

“Begitulah kalau selalu autotune”

Ramai yang memberi kritikan masing-masing termasuklah komposer dan penerbit, Ajai yang turut menyuarakan pendapatnya tentang persembahan The Gadys.

image is not available

Menurut Ajai, dia mengesan tiga masalah menerusi nyanyian The Gadys termasuklah penjiwaan dan penghayatan mereka ketika persembahan.

Pertama, tanya label. Second, tanya penganjur. Ketiga, begitulah nyanyiannya kalau selalu autotune. Kamu tak dapat suara asli, tapi suara asli kamu kedengaran bila kamu menyanyi secara langsung.

 

Dan juga soul (jiwa). Ada orang pitching dia agak flat, tentulah. Kita manusia memang tiada pitch sempurna. Tapi jika dia ada karisma, boleh jual.

 

Ramai DM nak audition

Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun tersebut turut menekankan kepentingan tugas artist & repertoire (A&R) dalam mencari bakat (artis) yang benar-benar boleh menyanyi.

Saya tonton persembahan itu dan saya tidak terkejut. Sebab saya dah biasa tengok budak-budak sekarang menyanyi macam tu.

image is not available

Ujar Ajai lagi, dia selalu menerima direct message daripada mereka yang ingin ujibakat sebagai penyanyi namun perkara ini sukar selagi syarikat label tidak menjaga kuantiti dan kualiti.

image is not available 3 days ago

"Anggap Kami Penghibur Bukan Penyanyi.." - The Gadys Akui 'Koyak' Baca Komen, 'Key' Lagu Punca Persembahan Dikritik