Terus Cipta Nama, Iklan Mechamato Terpampang Di Tokyo

Entertainment
26 Jun 2024 • 10:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Siri animasi popular, Mechamato sekali lagi menjadi bualan ramai selepas iklan siri tersebut terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Ketua Pengarah Monsta iaitu Nizam Abd Razak, telah memuat naik satu foto dan video pendek memaparkan iklan animasi itu yang ditayangkan secara umum di Akihabara, Tokyo.

Iklan Mechamato terpampang di Tokyo

“Mechamato di Akihabara! Pusat anime dunia! Mechamato x Tokyo MX!” tulisnya pada video yang dimuat naik.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen foto yang dikongsikan oleh Nizam, rata-rata warga maya menyuarakan rasa bangga mereka terhadap kejayaan animasi tempatan itu.

Wow! Mantap!

image is not available

Bangga produk Malaysia popular

image is not available

Terbaiklah!

image is not available

Menerusi satu kenyataan daripada Monsta, sebanyak dua musim siri Mechamato sedang ditayangkan di Tokyo MX dan beberapa platform penstriman di Jepun, manakala, musim ketiga siri animasi itu pula dijangka mula ditayangkan pada hujung tahun ini.

Siri Mechamato mencerikan tentang seorang budak lelaki bernama Amato yang menemui robot MechaBot. Bersama, mereka bergabung menjadi wira Mechamato untuk melindungi bandar daripada ancaman robot jahat.

Siri ini penuh dengan aksi, pengembaraan, dan nilai persahabatan. Mechamato telah menerima sambutan hangat daripada penonton di Malaysia serta antarabangsa. Siri ini menampilkan animasi berkualiti tinggi dan jalan cerita yang menarik untuk kanak-kanak dan remaja.

image is not available

Sekadar info, MONSTA merupakan syarikat hiburan yang berpengalaman dan terkenal dengan penghasilan watak fiksyen popular seperti BoboiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya.

Sumber: Facebook Nizam Abd Razak