Terus istiqamah, Lana Nordin terharu suami ajak ke masjid lepas tengok wayang

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2025 • 5:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Lana Nordin berasa sebak apabila suaminya David McKienzie, yang juga seorang mualaf membawa mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas menonton filem di pawagam.

Suami mualaf ajak pergi masjid

image is not available

Pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, memaklumkan tindakan suaminya itu membuatkannya berasa bangga dikurniakan suami bertanggungjawab dan bersyukur semakin mendekatkan diri kepada sang pencipta.

“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang.” tulis Lana di Instagram, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lana berharap agar hidayah yang diberikan oleh Allah buat suaminya kekal sentiasa dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab buat dirinya dan anak-anak.

“Semoga Allah berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.

“Teruskan istiqamah,hidayah itu mahal boleh nampak gembira dia bila nak ke masjid, siap menari lagi,” jelasnya.

image is not available

Hantaran tersebut menerima banyak reaksi positif dalam kalangan peminat dan mendoakan agar hubungan kedua pasangan ini terus dipelihara dan sentiasa berada dalam lindungan tuhan.

Untuk rekod, suami Lana iaitu David telah memeluk Islam dengan nama Mohd Daud McKinzie setelah mereka selamat mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Lana Nordin