“Terus Jadi ‘Low-Class” – Janna Nick Mengaku ‘Miming’ Di AIM23, Netizen Anggap Industri Muzik Menyedihkan

Music
12 Sep 2022 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemunculan pelakon dan juga penyanyi sensasi, Janna Nick pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) malam tadi telah mengundang pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mengecam aktres itu.

Ini berikutan persembahan Janna yang tampil menyanyikan lagu Gatal pada malam itu didakwa netizen hanyalah ‘miming’ semata-mata.

Ia sekaligus mengundang tanda tanya penonton yang merasakan nyanyian Janna pada malam itu terlalu sempurna dan tiada cacat cela.

Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial ketika Janna Nick membuat persembahan kebanyakan sudah menduga pelakon itu hanyalah membuat gerakan mulut dan bukanlah menyanyi secara ‘live’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Malah, ada yang meninggalkan komen kecewa dengan anjuran AIM23 yang terlihat ‘low class’ dan murahan gara-gara ‘miming’ Janna Nick itu.

Apa faedahnya panggil Janna Nick buat persembahan berbayar. Dia cuma miming je.

AIM23 dah ‘cheap’ selepas bagi Janna Nick buat persembahan.

Netizen juga meluahkan rasa bimbang jika ‘lip sync’ dibenarkan dalam mana-mana anugerah, ada nanti jutawan kosmetik yang akan meminta untuk membuat persembahan pula.

image is not available

Sumber : Twitter  

Perkembangan lain, lagu Gatal nyanyian Janna Nick itu telah berjaya merangkul trofi kategori Muzik Video Terbaik arahan Chuan Looi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

Gelak Bila Rasa 'Awkward', Janna Nick Mengaku Suka Ketawa Untuk Atasi Suasana Kekok