Terus perkasa anak-anak keperluan khas, OKU: MP

5 Feb 2023 • 1:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Perkembangan pendidikan anak-anak berkeperluan khas dan orang kelainan upaya (OKU) yang belajar di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) perlu terus diperkasa dan berada dalam keadaan terbaik.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, pihaknya akan memastikan keperluan anak-anak yang belajar menerusi PPKI diberi perhatian dan keutamaan.

Antara yang terus diberi perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan adalah PPKI Sungai Anib 3 Sandakan.