“Teruskan Mencuba Nab Oiii” – Nampak Terseksa Nyanyi High Note, Nabila Razali Kena Kutuk Lagi

1 Dec 2022 • 3:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial beberapa hari ni mengenai penyanyi Nabila Razali yang dikatakan bakal berkahwin selepas memuat naik gambar bersama dengan MK K-Clique sambil mengenakan busana pengantin.

Rupa-rupanya hantaran dibuat Nabila itu merupakan gimik bagi lagu terbarunya yang berjudul Aku Terluka. Lah ingatkan betul-betul.

Nampak terseksa nyanyi high note

Namun begitu, Nabila Razali mendapat kritikan dan kecaman warganet sewaktu majlis pelancaran lagu terbarunya itu.

Dapat dilihat, Nabila Razali seakan-akan terseksa sewaktu menyanyikan bahagian yang tinggi ketika mendendangkan lagu tersebut.

Nabila lagi sesuai berlakon kot

Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Nabila untuk memilih lagu yang lebih sesuai dengan kemampuan dirinya. Bahkan ada juga yang menyatakan bahawa Nabila lebih sesuai meneruskan karier sebagai pelakon berbanding penyanyi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok xtra | Twitter AzlilAdzif

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media