Tesla Bot Kini Boleh Berjalan Sendiri Dan Beroperasi Dalam Kilang

TechnologyDigital
18 May 2023 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Prototaip robot Tesla Bot yang berbentuk manusia diperlihatkan oleh Elon Musk pada Oktober tahun lalu. Pada acara tersebut Tesla Bot tidak diperlihatkan dalam keadaan lengkap dan perlu mempunyai kabel untuk berjalan dengan selamat. Selepas lebih enam bulan pengenalannya yang cukup mengecewakan, Tesla berkongsi perkembangan robot mereka minggu ini.

Dalam video rasmi yang dikongsi menerusi laman YouTube, Tesla Bot ditunjukkan boleh berjalan dengan perlahan tanpa sebarang kabel. Kemampuan berjalan secara berkumpulan juga diperlihatkan. Antara kemampuan lain ialah melakukan tugasan dalam kilang dan mengikut pergerakan manusia memegang objek dalam tangan. Sistem mengenal dan memetakan kawalan ia berjalan turut diperlihatkan dalam video yang dikongsi.

image is not available

Pergerakan Tesla Bot masih tidak cukup pantas ataupun lancar jika dibandingkan dengan Atlas oleh Boston Dynamics. Atlas amat tangkas kerana boleh melompat, berlari menaiki tangga, dan melakukan balik kuang. Kemampuannya untuk bekerja di tapak pembinaan juga diperlihatkan pada Januari yang lalu.

Jika video terkini Tesla ini boleh dijadikan tanda ukur, Tesla Bot memerlukan lebih banyak masa sebelum ini boleh menggantikan pekerja manusia di kilang Tesla seperti yang diinginkan oleh Elon Musk.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved