Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot ekoran sokongan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Elon Musk, terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sokongan Terhadap Trump

Laporan South China Morning Post (SCMP) menyebut bahawa kemarahan ini berpunca daripada rancangan Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza, yang bakal menyaksikan pemindahan besar-besaran rakyat Palestin.

Menambah ketegangan, Trump turut mengumumkan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan tidak akan dibenarkan pulang, dengan alasan mereka akan mendapat “perumahan yang lebih baik” di tempat lain.

Musk, yang merupakan penyumbang dana utama kepada kempen pemilihan semula Trump, kini dilihat sebagai penasihat penting kepada bekas Presiden AS itu. Hubungan rapat ini terus mencetuskan perdebatan dan memberi kesan kepada reputasi Tesla di pasaran global, termasuk Malaysia.

image is not available

Pelancaran model baharu Tesla, Model Y “Juniper” baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial. Ramai netizen Malaysia melabelkan kenderaan itu sebagai “swasticar,” istilah yang semakin popular di Eropah selepas Musk didakwa membuat isyarat tangan yang menyerupai salam Nazi semasa perasmian Trump.

Musk Abai Kritikan

Di platform X (sebelum ini Twitter), Musk membalas dengan sindiran bahawa pengkritiknya “perlu mencari taktik kotor yang lebih kreatif.”

image is not availableimage is not available

Namun, kemarahan tidak terhad kepada Malaysia sahaja. Di London, aktivis menampal pelekat “Don’t buy a swasticar” pada ratusan kenderaan Tesla sebagai tanda protes. Menurut Newsweek, dana yang dikumpulkan dari kempen ini disalurkan kepada gerakan anti-fasis.

Impak Terhadap Tesla di Malaysia

Boikot ini berpotensi menjejaskan perniagaan Tesla di Malaysia, terutamanya dengan persaingan sengit daripada jenama EV China seperti BYD dan Xpeng. Seorang pemilik Tesla tempatan yang enggan dikenali menyatakan kebimbangan terhadap risiko vandalisme terhadap kenderaan Tesla di Malaysia.

“Saya rasa Tesla dan Musk tidak dapat dipisahkan. Malangnya, tindakan dan fokus Musk yang lebih banyak ke arah politik berbanding Tesla bukanlah sesuatu yang baik untuk syarikat,” katanya.

image is not available

Selain itu, boikot Tesla mungkin memberi kesan kepada sasaran Malaysia untuk menjadikan 70% daripada kenderaan persendirian ialah EV menjelang 2050. Namun, banyak pihak percaya bahawa jenama lain seperti BYD, Xpeng, Proton dan bakal jenama EV Perodua mampu mengisi jurang yang ditinggalkan Tesla.

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada Julai 2023 dengan pembukaan pusat pengalaman pelanggan pertamanya di Asia Tenggara. Pelancaran ini berlaku ketika Malaysia, Indonesia dan Thailand bersaing untuk menjadi lokasi kilang pemasangan pertama Tesla di rantau ini.