Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

LocalCars
29 Sep 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.

Bagi meraikan detik bersejarah ini, jenama EV tersebut melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week bermula sekarang hingga esok selain menampilkan siri ganjaran istimewa dan aktiviti menyeronokkan untuk pemilik Tesla baharu dan sedia ada, yang berlangsung di pusat Tesla di Cyberjaya, Johor, dan Pulau Pinang.

image is not available

Sepanjang Tesla 10,000 Delivery Week ini, Tesla Malaysia akan memperkenalkan proses penyerahan kenderaan yang baharu, di mana pemilik Tesla baharu boleh memulakan perjalanan interaktif menggunakan kad cop, mengumpul ganjaran ketika menerokai pengalaman Tesla, termasuk menikmati Tesla Light Show.

Pemilik Tesla baharu juga berpeluang melihat Optimus, robot humanoid canggih keluaran Tesla, di sebuah booth foto khas yang disediakan sempena minggu ini.

image is not available

Difahamkan, penghantaran unit ke-10,000 ini menandakan keyakinan para pemilik Tesla di Malaysia, dengan syarikat tersebut terus komited menyediakan pengalaman pengecasan yang menyeluruh kepada komuniti Tesla serta memperluaskan rangkaian pengecasannya.

image is not availableimage is not available

Setakat ini, Tesla telah menyokong lebih daripada 8,000 isi rumah di Malaysia dengan pengecas dinding rumah (home wallbox chargers) mereka, selain mengendalikan 15 Supercharger dan 15 Destination Charger di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved