Tesla Malaysia Akan Pertontonkan Tesla Cybertruck Kepada Umum Tidak Lama Lagi

TechnologyDigitalCars
8 Apr 2024 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla Malaysia kini berkongsi menyatakan Tesla Cybertruck akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi – mungkin sekitar bulan Mei kelak.

image is not available

Tesla Cybertruck sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019 lepas, dan hanya mula ditawarkan kepada pembeli bermula November 2023 lepas. Ia hadir dengan beberapa teknologi terkini, dan dipasarkan sebagai mempunyai ketahanan yang baik melaluinya. Tesla mengatakan melalui binaan dan ketahanannya, ia menawarkan sebuah lori pikap yang lebih baik berbanding pengeluar lain, selain binaan yang tahan peluru.

image is not available

Bercakap mengenai jualannya, Tesla Malaysia menyatakan buat masa ini Tesla Cybertruck hanya dijual di Amerika Utara sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah Tesla Cybertruck ini akan ditawarkan kepada pengguna global. Namun, pengguna yang berminat, boleh melihatnya dengan lebih dekat di Malaysia tidak lama lagi melalui aktiviti promosi yang bakal diadakan oleh Tesla.