Tesla Malaysia Perluas Rangkaian Pengecasan EV ke 35 Stesen di Lembah Klang

LocalCars
22 Dec 2025 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemilik EV Tesla kini lebih mudah mengecas kenderaan mereka dengan penambahan dua stesen baharu di Lembah Klang:

  • Supercharger Nexus Bangsar South – 4 Supercharger + 4 Destination Charger

  • Destination Charger Quayside Mall, Kota Kemuning – 4 Destination Charger

  • Dengan Supercharging pada kadar puncak 250 kW, Model 3 Long Range RWD boleh mengecas sehingga 311 km dalam hanya 15 minit, bersamaan 4 kali perjalanan pergi balik antara Bangsar South dan Quayside Mall. Dengan itu, Tesla kini mengendalikan 18 stesen Supercharging dan 17 stesen Destination, meliputi 76 Supercharger dan 79 Destination Charger di seluruh negara.

    Tesla menegaskan komitmen mereka untuk memberi pengalaman pengecasan yang mudah dan lancar kepada lebih 13,000 pemilik EV di Malaysia, dengan rancangan membuka lebih banyak stesen di Kuala Lumpur, Ipoh, dan Johor Bahru pada 2026.

    Selain itu, pelanggan boleh menikmati 7-Day Express Delivery untuk menerima kenderaan sebelum pengecualian cukai EV berakhir, serta insentif pemilikan terhad termasuk kadar faedah serendah 0% dan bayaran bulanan dari RM1,588.

    Sambut musim perayaan di lokasi Tesla dengan kenderaan bertema rusa dan tote bag eksklusif sehingga 31 Disember. Tempah test drive dengan 1800-810-655.

    Tesla Experience & Service Locations Malaysia
    Cyberjaya, Pavilion Damansara Heights, Setia City Mall, Gurney Plaza, AEON Tebrau City
    Tesla Service Centers: Cyberjaya, Penang, Johor

    X: @Tesla_Malaysia | Instagram: @teslamotorsmys

    The post Tesla Malaysia Perluas Rangkaian Pengecasan EV ke 35 Stesen di Lembah Klang appeared first on Siakap Keli.

    View Original Article