Tesla Melancarkan Stesen Supercharging V4 Pertama Rantau Asia Tenggara Di Malaysia

TechnologyDigitalCars
2 May 2024 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia, sekaligus menjadikan ia juga adalah pengecas Supercharging V4 pertama di rantau Asia Tenggara. Tesla memperkenalkan ia di dua lokasi serentak hari ini, iaitu di IOI City Mall dan juga IOI Mall Puchong.

image is not available

Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi dengan 2 Destination Chargers.

image is not available

Melalui pengecas generasi baharu ini, ia menawarkan sokongan kabel yang lebih panjang, disamping kuasa pengecasan mencapai 250kW setiap kenderaan. Mengikut kiraan kasar, Tesla mengatakan kereta Tesla Model 3 Long Range boleh dicas untuk penggunaan sehingga 282km dalam masa 15 minit.

Tesla mengenakan caj sebanyak RM1.25/kWh untuk pengecasan menggunakan Tesla Supercharger, dan setakat ini terdapat sekitar 10 stesen Supercharging, membawa kepada sejumlah 48 Superchargers di Malaysia.