Sistem swapandu Full Self Driving (FSD)ditawarkan sebagai pilihan kepada pembeli kereta Tesla. Di Malaysia misalnya FHD dijual pada harga RM32,000. Dalam laporan kewangan yang dilakukan pagi ini, Elon Musk mengatakan Tesla akan menawarkan FSD kepada pengeluar lain yang berminat.

Pada waktu ini Tesla sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat yang berminat. Walaupun dipasarkan sebagai sistem swapandu penuh, hakikatnya FSD masih memerlukan pemandu memegang stereng ketika ia beroperasi. Kemampuannya beroperasi adalah lebih baik di lebuhraya berbanding kawasan bandar. Dalam laporan laman Handelsblatt pada Mei lalu, Tesla didakwa menyorokkan insiden kemalangan yang melibatkan FSD sejak ia dilancarkan. Tesla telahpun menafikan dakwaan ini.
Mercedes, Toyota, Hyundai dan Waymo adalah antara syarikat yang membangunkan sistem swapandu tersendiri. Waymo misalnya telah dibenarkan menawarkan sistem teksi swapandu sepenuhnya tanpa pemandu manusia di San Francisco. Masa depan manusia sekadar menjadi penumpang dala kenderaan dipandu AI semakin menjadi realiti.
- Sumber
- Reuters


