Tesla Mengaktifkan Tesla Supercharger Di Pavilion KL

TechnologyDigitalCars
23 Aug 2023 • 11:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla kini akhirnya mengaktifkan lokasi pertama untuk pengecasan pantas Tesla Supercharger mereka, iaitu di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Terletak di bahagian parkir kenderaan bawah tanah di pusat membeli-belah berkenaan, sebanyak 8 pengecas Tesla Supercharger disediakan dan telah diaktifkan.

image is not available

Tesla Supercharger menawarkan kuasa pengecasan maksima 250kW, sekaligus menawarkan jarak perjalanan mencapai hampir 300km untuk 15 minit pengecasan. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk mengecas kereta elektrik Tesla mereka dengan pantas, dan menggunakannya dalam meneruskan perjalanan.

Tesla mengenakan caj sebanyak RM1.25 untuk 1kWh, disamping dalam mengelak pengguna meletakkan kenderaan dan tidak mengalihkannya apabila pengecasan penuh, caj sebanyak RM2 seminit dikenakan apabila ia selesai dicas penuh. Denda berkenaan juga meningkat kepada RM4 seminit apabila ke semua stesen pengecas Tesla Supercharger sedang dalam penggunaan.

Bagi anda yang menggunakan Tesla, boleh ke Bukit Bintang Kuala Lumpur dalam menguji dan mengambil pengalaman penggunaan pengecasan pantas oleh Tesla ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved