Tesla Menyenaraikan 10 Lokasi Supercharger Di Malaysia

TechnologyDigitalCars
14 Jul 2023 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selari dengan laman Tesla yang kini aktif memperlihatkan penawaran Model Y untuk pasaran tempatan, pihak Tesla turut mengemaskini halaman peta Supercharger, dan menyenaraikan 10 lokasi di Malaysia untuk sokongan pengecasan pantas berkenaan.

Melalui laman Tesla, berikut merupakan 10 lokasi yang disenaraikan untuk Tesla Supercharger di Malaysia:

  • Iskandar Puteri, Johor
  • Negeri Sembilan
  • Dengkil, Selangor
  • Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Petaling Jaya, Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur
  • Ipoh, Perak
  • Perai, Pulau Pinang

image is not available

Tiada penawaran yang disenaraikan untuk bahagian Pantai Timur, Sabah dan Sarawak buat masa ini.

Tesla Supercharger menawarkan kemudahan pengecasan pantas kepada para pengguna Tesla, dimana ia boleh mengecas untuk pemanduan sejauh lebih 320 kilometer dalam masa hanya 15 minit sahaja.

Melalui penyenaraian pihak Tesla, ia turut dinyatakan yang mana ia masih tertakluk kepada perubahan lokasi dan masa pengenalan bagi Tesla Supercharger ini.