Tesla Model 3 dah sampai Malaysia, apa yang perlu anda tahu?

Cars
20 Oct 2023 • 7:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tesla Model 3 adalah EV kedua dilancar di Malaysia, selepas Model Y dan harganya lebih murah. Ada dua varian ditawarkan, varian pacuan roda belakang atau RWD dari RM189,000. Yang kedua adalah varian Jarak Jauh atau Long Range dari RM218,000. Murah,kan?

Menurut Tesla Malaysia, tempahan Model 3 ni akan dihantar seawal suku ke-4 2023. Lagi cepat dari Model Y yang dilancar Julai lepas. Kalau nasib baik, anda boleh bercuti-cuti Malaysia dengan Tesla Model 3 baharu akhir tahun ini.

Kalau belum kenal Tesla Model 3 ni, Varian RWD boleh memecut dari 0 ke 100km sejam dalam masa 6.1 saat. Dengan cas penuh, ia boleh bergerak sehingga 513km. Varian Long Range pula boleh pecut 0 ke 100 km sejam hanya 4.4 saat. Cas penuh pula boleh dipandu sejauh 629km. Ini antara jarak terjauh untuk EV.

Kedua dua varian ada kelajuan tertinggi 201km. Kalau cas guna Tesla Supercharge, cas 15 minit boleh pandu sejauh 282km. Cepat kan? Ketahui lebih lanjut dalam video kami di bawah:

Bacaan Berkaitan