Tesla Model 3 masuki Malaysia secara rasmi dalam bulan Oktober 2023

Cars
2 Oct 2023 • 2:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik buat penempah awal Tesla Model 3. Pengarah Wilayah pengeluar EV itu di Malaysia mengumumkan yang Tesla Model 3 "Highland" akan diumum dalam bulan Oktober 2023 ini dalam ucapannya sewaktu pembukaan Tesla Centre di Cyberjaya. Selepas diumumkan, penghantaran kereta buat penempah akan dilakukan sebelum 2023 tamat.

image is not available

Harga Tesla Model 3 di Malaysia

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan sebuah Model 3, dalam pasaran Malaysia sebanyak dua varian ditawarkan. Berikut adalah senarainya:

  • Tesla Model 3 RWD RM189,000
  • Tesla Model 3 Long Range RM218,000

Harganya sedikit lebih murah berbanding Model Y sewaktu dilancarkan dahulu sebanyak RM10,000. Apabila dicampur dengan beberapa caj-caj tambahan daripada Tesla sendiri, harganya masing-masing menjadi RM190,700 dan juga RM219,700. Malangnya, insurans masih tidak dimasukkan. Jadi jangkakan tambahan sehingga RM5,000 untuk premium insurans juga.

image is not available

Pada harga sebegitu, Tesla Model 3 Long Range kini adalah EV termurah Malaysia yang ada jarak kembara melebihi 600km, jauh memotong Ioniq 6 RWD yang kami laporkan tempoh hari berharga RM289,888.

image is not available

Berdasarkan laman rasmi, tetingkap penghantaran dijangka sebelum tamatnya tahun 2023 yang bermakna Model 3 mungkin masuki lebih awal berbanding Model Y yang dikakatan hanya mula diedarkan seawal tahun 2024.

Aerodinamik Model 3 ditambah baik

image is not available

Melihat pada rupa Model 3 yang baharu, ia kini ada luaran yang lebih minimalis. Contohnya lampu depan yang lebih runcing tidak memakan banyak ruang. Di bahagian belakang, rekaan lampu juga telah diperbaharui iaitu berbentuk sepit ketam.

Menurut pengeluarnya, model baharu ini mempunyai jarak kembara yang lebih jauh. Varian RWD mempunyai jarak sehingga 513km, naik daripada 499km manakala varian Long Range pergi sehingga 629km daripada 614km. Ia salah satunya disumbang oleh rekaan rim yang lebih baik iaitu Photon (18") dan Nova (19").

image is not available

Prestasi motor dilaporkan masih sama. RWD boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 8.1s dengan kelajuan maksimum mencecah 201km/j manakala varian Long Range boleh pecut ke kelajuan 100km/j dalam masa 4.4 sahaja.

Apabila perlu dicas, menggunakan pengecas Supercharger DC, Tesla katakan yang mengecas selama 15 minit boleh memberikan kenderaan ini sebanyak 282km jarak kembara.

Rekaan kabin diperbaharukan sepenuhnya

Tesla turut membawakan rekaan dalam yang lebih segar. Contohnya stereng telah direka semula, kini sama seperti Model Y. Butang kawalan lampu isyarat membelok dan pengelap cermin depan telah dipindah ke atas stereng tersebut.

image is not available

Skrin inforia masih kekal pada saiz 15.4" dan tiada sebarang meter kluster untuk pemandu melihat maklumat pemanduan disediakan. Di bahagian belakang juga disediakan panel paparan, saiznya lebih kecil pada 8" dan diperkasa AMD RDNA 2 GPU yang dikatakan boleh menjalankan permainan PC melalui aplikasi Steam.

image is not available

Daripada segi ciri pemanduan, Model 3 datang dengan Autopilot yang didalamnya ada ciri-ciri seperti:

  • autonomous emergency braking
  • adaptive cruise control
  • lane centring assist

Anda perlu tambah RM16,000 untuk masukkan Enhanced Autopilot yang ada:

  • lane change assist
  • navigate on autopilot
  • park assist
  • summon
  • smart summon

Akhir sekali, tambah RM32,000 untuk anda dapat pakej Full Self Driving yang setakat ini masih dalam fasa Beta dan tidak sah digunakan di atas jalan raya Malaysia.