Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

TechnologyCars
30 May 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di bandar Austin, Texas, Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Tiada Insiden Setakat Ini

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, dalam satu hantarannya di platform X, mengesahkan bahawa ujian kenderaan autonomi tersebut dilakukan lebih awal daripada jadual asal dan telah berlangsung tanpa sebarang insiden setakat ini.

image is not available

“Kita mula sebulan lebih awal daripada jadual,” katanya, merujuk kepada ujian yang sepatutnya bermula hujung Jun.

Pelancaran Robotaxi Dijangka 12 Jun?

Walaupun tiada tarikh rasmi dinyatakan oleh Musk, laporan Bloomberg mendakwa bahawa perkhidmatan robotaxi Tesla bakal dilancar pada 12 Jun di Austin.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, Musk pernah menyatakan pelancaran awal akan melibatkan 10 hingga 20 unit Model Y autonomi, sebagai permulaan kepada inisiatif besar Tesla dalam mobiliti tanpa pemandu.

Setakat ini, pihak Tesla belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan pelancaran itu, walaupun spekulasi terus meningkat dalam kalangan media dan pemerhati industri.

Musk Tarik Diri daripada Dunia Politik

Dalam perkembangan berasingan, Elon Musk turut mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada jawatan penasihat dalam pentadbiran Donald Trump.

Tesla kini berdepan penurunan jualan global yang berpunca daripada persaingan EV yang semakin sengit serta kritikan terhadap pendirian politik Musk, khususnya kaitannya dengan gerakan sayap kanan dan peranan aktifnya dalam pentadbiran Trump.

View Original Article