Tesla Mulakan Carian Pekerja di Malaysia

TechnologyDigitalCars
7 Apr 2023 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan untuk memasuki pasaran Malaysia, termasuk membuka pusat servis dan juga rangkaian Supercharger.

Selari dengannya, kini Tesla turut telah menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan orang ramai untuk memohon pekerjaan di Tesla Malaysia.

Mengikut penyenaraian, Tesla sedang mencari pekerja dalam arena khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga melibatkan pengecasan. Ini dilihat selari dengan pengumuman kerajaan sebelum ini, menyatakan Tesla akan membuka pejabat, pusat pengalaman dan perkhidmatan Tesla, dan juga rangkaian Supercharger.

Dengan langkah ini, kerajaan sebelum ini turut menyasarkan permintaan untuk BEV (Batter Electric Vehicle) di Malaysia akan terus meningkat.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk laman rasmi Tesla, dan melakukan permohonan untuk menyertai Tesla Malaysia!

View Original Article