Tesla rasmi di Malaysia: Ini info Model Y dan beberapa berita baik lain

Cars
20 Jul 2023 • 5:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah kecoh seantero negara, tanggal 20 Julai 2023 adalah hari secara rasminya, Tesla menembusi pasaran Malaysia. Sebagai permulaan, mereka memperkenalkan Model Y, model yang paling laku keras.

image is not available

3 varian Tesla Model Y boleh anda pilih

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya ada 3 varian yang boleh anda pertimbangkan. Versi RM199,000 yang viral adalah Tesla Model Y (RWD). Harga yang diterbitkan adalah termasuk pengecualian duti eksais dan cukai jalan. Model Y (RWD) adalah model pacuan roda belakang dengan jarak kembara 430km. Pecutan kembara mengambil masa 6.9s.

image is not available

Model berwarna putih yang dipamerkan di Pavilion Bukit Bintang adalah varian yang termurah. Cumanya unit yang dipamerkan hadir dengan kemasan dalaman yang berwarna putih. Kemasa tersebut adalah tambahan RM5,000 kepada harga asas tadi. Selain itu, ia didatangkan dengan roda bersaiz 19" tapi kalau anda nak naik taraf kepada roda 20", sebanyak RM10,000 lagi perlu ditambah.

Selepas varian pacuan roda belakang, anda ada dua lagi varian iaitu All-Wheel Drive (AWD) Long Range and AWD Performance. Design mereka sama sahaja untuk semua varian. Cara untuk mengecam adalah, varian AWD memiliki brek cakera depan dan belakang dan hanya AWD Performance ada roda bersaiz 21".

image is not available

Varian Long Range memiliki kelebihan pada jarak kembara paling jauh iaitu 533km dan pecutan abad pada 5.0s. Varian Performance adalah yang paling berkuasa dengan pecutan abad 3.7s dan jarak kembara 514km.

Daripada segi harga, varian paling mahahal adalah Model Y Performance yang ditawarkan pada harga RM288,000 manakala Long Range pada RM246,000.

Berdasarkan dokumen jaminan, EV Tesla dilindungi jaminan 4 tahun/80,000km. Kelengkapan bateri dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km atau 192,000km untuk Long Range dan Performance. Jaminan sah dengan sekurang-kurangnya 70% paras retention bateri.

image is not available

Tesla Supercharger tiada di Pantai Timur ataupun Malaysia Timur

Supercharger adalah rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang dibangunkan jenama automatif Tesla. Sewaktu pembentangan produk, daripadapeta digital yang dikongsikan, stesen pengecas yang akan diaktifkan tak lama lagi semuanya berada sama ada di Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, dan Johor. Malangnya tiada satu pun pengecas ada di Pantai Timur mahupun Malaysia Timur.

image is not available

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan kerana Tesla yang dijual di negara kita hadir dengan penyambung CCS2 dan anda boleh guna mana-mana pengecas EV yang sedia ada daripada penyedia-penyedia pihak ketiga.

image is not available

8 unit pengecas Tesla Superch arger yang pertama telah dibangunkan di aras B1 tempat letak kereta gedung beli belah Pavilion Bukit Bintang. Selain Pavilion, beberapa rakan usaha sama yang terdiri daripada pembangun hartanah turut diumumkan seperti

  • Pavilion group
  • Sunway group
  • MRCB
  • Gamuda Land
  • Levn Capital
  • Quill

Makanya anda boleh jangkakan lebih banyak stesen pengecas dibangunkan di gedung-gedung beli belah dan juga kawasan-kawasan pembangunan jenama-jenama ini tak lama lagi.

Ibu pejabat Tesla di Cyberjaya dan beberapa cawangan pejabat lain

Pengumuman yang seterusnya adalah mereka mengesahkan pejabat baharu akan dibuka di Cyberjaya dengan beberapa pejabat satelit akan diwujudkan pada masa akan datang. Jadi anda boleh jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pusat servis, pusat khidmat pelanggan, infrastruktur pengecas, dan pejabat operasi.

image is not available