Tesla sedang bentuk pasukan Malaysia, banyak jawatan kosong ditawarkan untuk diisi

Business & Finance
7 Apr 2023 • 12:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tesla Malaysia sedang membentuk pasukan operasi mereka. Jenama itu dikesan telah mula menyenaraikan jawatan kosong untuk diisi. Antara jawatan yang diiklankan adalah seperti:

  • Juruteknik sokongan bahagian IT
  • Jururekrut
  • Pembangun – Pengecas di Rumah
  • Kumpulan pemproses penghantaran
  • Pengurus perhubungan pelanggan
  • Kumpulan pemproses tempahan
  • Penasihat Tesla
  • Penasihat Jualan Dalaman
  • Pengurus Kedai / Pembantu Pengurus Kedai

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi berikut.

image is not available

Awal bulan Februari 2023, kami laporkan yang terdapat syarikat yang telah menukar namanya daripada Tesla Services Sdn Bhd, kepada Tesla Sdn Bhd. Syarikat ini dulunya hanya menyediakan khidmat perakaunan, kewangan dan sokongan IT sahaja. Menariknya, dalam sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa teras perniagaan untuk Tesla Sdn Bhd adalah:

  • Pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu
  • Aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat N.E.C
  • Penyelenggaraan dan Pembaikan kenderaan bermotor

image is not available

View Original Article