Tesla Shop ialah sebuah kedai yang hadir dengan pelbagai jenis aksesori berjenama Tesla, termasuklah kelengkapan kereta, aksesori komputer dan juga pakaian harian.
Tesla Shop Malaysia baru sahaja dibuka !
Korg boleh beli baju, accesories dan gift tanpa ada akaun Tesla atau kereta Tesla. Just sign in as a guest sahaja pic.twitter.com/T9JtwIYXta
Terkini, pempengaruh teknologi tempatan, Fazli Halim telah menemui bahawa Tesla Shop kini mempunyai laman web Malaysia, lengkap dengan tanda harga dalam Ringgit Malaysia.

Diantara aksesori-aksesori menarik yang kami lihat termasuklah Desktop Supercharger, penutup atap pelindung matahari dan juga pemacu USB 128GB yang dijual pada harga RM240.

Kami juga telah cuba cuba memasukkan beberapa aksesori ini kedalam shopping cart dan mendapati bahawa penghantaran barang adalah percuma. Jika anda berminat untuk membeli aksesori-aksesori ini, anda boleh cuba melawat laman web Tesla Shop.

