Tesla Supercharger Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil – Sokongan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Turut Diaktifkan

TechnologyDigitalCars
13 Feb 2024 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla Malaysia mengumumkan pembukaan stesen pengecas Supercharger terkini mereka yang terletak di Pavilion Bukit Jalil. Ini menjadikan terdapat 6 stesen Supercharger dan 6 Destination Charger di seluruh Malaysia sejak Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada Julai tahun lalu.

image is not available

Stesen Supercharger di Pavillion Bukit Jalan mempunyai enam pengecas Supercharger dan dua Destination Charger. Secara keseluruhan di Malaysia kini terdapat 30 pengecas Supercharger dan 25 Destination Charger di seluruh negara setakat ini. Pengecas Supercharger menyokong pengecasan 250kW DC yang membolehkan sebuah Model 3 meningkatkan jarak perjalanan sehingga 282km dalam masa 15 minit.

Turut diumumkan sokongan pengecas Tesla rentas sempadan Malaysia dan Singapura juga telah diaktifkan. Dengan ini pemilik Tesla boleh melakukan perancangan destinasi, menyediakan bateri sebelum ia dicas dan mengakses pengecas di kedua-dua negara dengan lebih lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved