Tetamu AJL Sengaja Langgar Peraturan Ditulis Belakang Tiket

LocalEntertainment
19 Feb 2025 • 1:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tetamu ajl

Pelbagai reaksi timbul apabila ada beberapa orang tetamu AJL lelaki berpakaian menyerupai wanita ketika acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung Ahad lalu.

Disebabkan perkara ini, ramai mula menuding jari kepada TV3 selaku penganjur, namun sebenarnya stesen penyiaran itu telah menetapkan 10 terma dan syarat, termasuk etika pemakaian mengikut jantina.

Peraturan pakaian perlu ikut jantina sudah dinyatakan!

image is not available

Syarat dan terma ini telah dinyatakan pada bahagian belakang tiket bagi mereka yang mahu menghadiri acara tersebut di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tema glam yang ditetapkan juga jelas menggariskan bahawa penonton perlu mengelak pakaian terdedah atau bersifat provokatif.

Selain itu, kod etika pemakaian mengikut jantina juga telah dinyatakan secara jelas.

Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu jika penonton yang hadir membaca terma yang telah ditetapkan oleh penganjur. Terang-terang dah tulis mengenai kod pemakaian di belakang tiket!- Netizen.

Seorang pengguna TikTok turut berkongsi gambar tiket AJL39 yang memaparkan syarat pemakaian, membuktikan bahawa tetamu sepatutnya lebih peka sebelum hadir.

image is not available

Penganjur patut lebih tegas dan halau jika nampak mereka langgar peraturan…

Walaupun syarat sudah ditetapkan, ada juga yang menyalahkan pihak penganjur kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar etika pemakaian.

Isu ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, apatah lagi AJL39 merupakan acara yang ditonton ramai.

#ApaKataOhmedia

Dalam acara besar seperti AJL39, etika pemakaian bukan sekadar soal fesyen tetapi juga tentang mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Bagi Ohmedia, sebenarnya tak perlu tengok peraturan pun dah boleh fikir mana baik dan mana buruk.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.