Tetamu Dari Neraka, Pemilik Homestay Di Labuan ‘Panas’ Rumah Dibiar Macam Tongkang Pecah

2 Feb 2023 • 2:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Homestay ditinggalkan bersepah

Tetamu Dari Neraka, Pemilik Homestay Di Labuan ‘Panas’ Rumah Dibiar Macam Tongkang Pecah. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pemilik homestay meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat keadaan homestay miliknya ditinggalkan dalam kondisi yang menyedihkan oleh pelanggannya.

image is not available
Tetamu Dari Neraka, Pemilik Homestay Di Labuan ‘Panas’ Rumah Dibiar Macam Tongkang Pecah. Kredit: Aeffa Maruf

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook hari ini, beliau telah berkongsi beberapa keping gambar homestay beliau dalam keadaan kotor, penuh sampah-sarap dan kelihatan sangat tidak terurus.

Pelaku adalah seorang wanita

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah rumah inap di Labuan. Paling menyedihkan, pelaku dikatakan merupakan seorang wanita.

image is not available

Menurut info, wanita itu sepatutnya mendaftar keluar dari homestay tersebut pada jam 12 tengah hari tetapi beliau sengaja melengahkan urusan check out tersebut. Hal itu telah menyebabkan berlakunya sedikit pertengkaran antara pemilik homestay dan wanita tersebut sehingga wanita itu bersikap ‘kurang ajar’ kepada beliau.

Ini reaksi netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pelanggan tersebut.

Sudahlah pengotor, sikapnya yang teruk itu juga menambahkan kemarahan netizen terhadap beliau.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang sama dimana pelanggan meninggalkan homestay dalam keadaan kotor dengan sisa makanan yang dibiarkan begitu sahaja.

image is not available

Rata-rata netizen menganggap tindakan individu tersebut sebagai melampau kerana tidak menghormati harta benda tuan rumah.

Baca lagi artikel terkini:

View Original Article