Tetamu Wanita & Lelaki Diasingkan, Netizen Kagum Majlis Kahwin Ikut Syariat Islam

2 Oct 2023 • 11:37 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman sosial yang memaparkan pasangan mempelai mengadakan majlis kahwin ikut syariat Islam dimana mengasingkan tetamu lelaki dan perempuan di dua bahagian yang berbeza.

Majlis perkahwinan merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat yang bertujuan memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut sudah mendirikan rumahtangga sekali gus menggelakkan fitnah.

Pada kebiasaannya, pihak keluarga akan menjemput penduduk kampung, saudara mara serta sahabat andai untuk hadir ke walimatul urus bagi menyambut raja sehari dimana tetamu akan dijamah dengan pelbagai jenis hidangan dalam dewan ataupun rumah pengantin.

Majlis kahwin ikut syariat Islam

Pun begitu, berbeza pula dengan cara yang dilakukan oleh pasangan dari Indonesia ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @anyanyaaa di laman TikToknya, dia telah hadir ke sebuah majlis kahwin ikut syariat Islam.

@anyacahyaraa

siapa pernah kondangan ke wedding syar’i ?

♬ original sound – anyanyaaa – anyanyaaa

Dalam perkongsian tersebut, majlis perkahwinan itu telah diasingkan kepada dua bahagian dimana tetamu lelaki dan wanita diasingkan demi menjaga batas masing-masing.

Apa yang lebih mengujakan, pengantin lelaki dan wanita turut dipisahkan juga ke bahagian jantina masing-masing dan tidak naik pelamin bersama sepeti kebiasaan pasangan mempelai.

image is not available

Netizen kagum!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara yang dilakukan oleh pihak pengantin yang tidak mencampur adukkan lelaki dan wanita dalam satu tempat yang sama.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Wedding dreams

Bukan itu sahaja, ada segelintir wanita yang memaklumkan majlis perkahwinan tersebut menjadi contoh baik kepada mereka dan berharap dapat mengikut cara yang sama demi menjaga batas masing-masing.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @anyanyaaa