Tetap Jual Murah, Peniaga Ayam Dari Kelantan Ini Kata Pemborong Letak Harga ‘Molek’ Dah

Business & Finance
7 Jul 2022 • 11:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Peniaga ayam dari Kelantan, Jukee Ayam atau nama sebenarnya Zukila Deraman berkata peniaga sebenarnya tak perlu jual ayam dengan harga tinggi kerana harga yang diletakkan pemborong sudah wajar.

Memetik laporan MalaysiaKini, Jukee menyifatkan peniaga yang letak harga tinggi seperti mahu ke Mekah balik hari.

Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masalah.

Jukee sebelum ini pernah menjadi tumpuan gara-gara menjual ayam dengan harga RM6.99 sekilogram, jauh lebih murah daripada harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.

image is not available

Katanya, tindakannya itu membuatkan orang ramai kecoh termasuk peniaga ayam yang lain.

Namun bagi Jukee, dia sudah dapat untung kerana harga ayam ladang yang diperolehi dari pembekal antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.

image is not available

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, peniaga yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses ini turut menunjukkan cara kiraan pendapatan kasar peniaga ayam sebulan. Jual di bawah harga RM8 pun masih dapat untung yang banyak, jelasnya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.