Tetap Peraturan Ketat, Terengganu ‘Haramkan’ Busking Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 8:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan larangan sepenuhnya aktiviti persembahan jalanan (busking) pada 10 malam terakhir Ramadan di seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap daerah.

image is not available

Hormat 10 malam terakhir Ramadan

Menerusi kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, beliau menyatakan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pandangan pihak berkepentingan melalui sesi libat urus pada 12 Januari lalu.


“Bagi tempoh selain 10 malam terakhir itu, aktiviti busking dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan PBT masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman.

image is not available

Aktiviti busking 10 malam terakhir Ramadan tak dibenarkan

Antara syarat lain yang ditetapkan untuk aktiviti busking ialah persembahan hanya dibenarkan dari jam 9.30 malam hingga 12 tengah malam, lokasi mesti melebihi 500 meter dari masjid dan surau, dan hanya lagu bercorak ketuhanan termasuk nasyid serta lagu raya dibenarkan.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Jalani Hukuman! Sembilan Masjid Di Terengganu Diwartakan Lokasi Sebat – EXCO

Wan Sukairi menegaskan bahawa ketetapan ini dibuat untuk menjamin keharmonian, keselamatan dan keselesaan masyarakat sepanjang Ramadan, sambil menegaskan PBT tidak dibenarkan mengenakan caj tinggi kepada busker yang mematuhi peraturan.

Sumber: Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman

The post Tetap Peraturan Ketat, Terengganu ‘Haramkan’ Busking Pada 10 Malam Terakhir Ramadan appeared first on Borak Daily.