Tetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan berdasarkan CSR

5 May 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

papar: Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu, kerajaan akan memantau syarikat penerbangan negara agar memberikan tambang berpatutan, khususnya kepada penumpang dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung, pada musim perayaan akan datang.

“Isu harga tiket yang mahal, khususnya untuk warga Sabah dan Sarawak, sudahpun dibincangkan di peringkat jemaah menteri persekutuan.

“Menteri Pengangkutan Datuk Seri Anthony Loke sudah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak menggunakan asas terhadap tiket penerbangan ini mengikut permintaan dan penawaran, tetapi mesti ada unsur tanggungjawab sosial korporat kepadanya,” katanya.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di MRSM Kota Kinabalu, yang kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman, di sini, Khamis. Turut hadir, Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kita harap pada perayaan-perayaan akan datang perkara ini dapat diatasi dengan segera dan kami (kerajaan) amat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi terutamanya kos penerbangan rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung. “Kita akan lihat pada Pesta Kaamatan dan Hari Gawai nanti supaya masalah ini tidak timbul lagi, saya bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memantau supaya perkara ini dilaksanakan sepenuhnya kelak,” ujarnya. Zahid berkata selain itu, mewujudkan syarikat penerbangan butik yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga merupakan antara langkah yang mampu memastikan harga tiket penerbangan itu berada dalam kadar berpatutan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.