Tetikus Ini Boleh Berubah Menjadi Alat Kawalan Permainan

TechnologyGaming
16 Mar 2026 • 9:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya membesar dalam dekad 80an dan siri animasi kegemaran saya ialah Transformers. Menarik melihat lori, radio, pistol, keret kebal dan dinosaur berubah menjadi robot. Di dunia sebenar ini masih belum menjadi realiti tetapi produk 2 dalam 1 adalah perkara lazim. Pixelpaw Phase ialah sebuah produk dua dalam satu dengan ia adalah tetikus yang boleh berubah menjadi sebuah alat kawalan permainan.

image is not available

Dalam mod tetikus Phase mempunyai sensor optikal 16,000 DPI dan pad sesentuh pada butang klik sebagai pengganti roda berputar. Apabila dibelai dua, Phase menjadi alat kawalan permainan dengan 18 butang termasuk 2x butang analog, digital, muka, dan bahu yang diperlukan permainan video model.

Pixelpaw turut menjual alat pemegang Phasegri yang membolehkan alat kawalan diletakkan pada sisi kiri dan kanan menghimpit sebuah telefon pintar di tengah-tengah. Projek sedang mengumpul dana menerusi lawan biayasama Kickstarter dengan ia dijual pada harga $115 (~RM 452) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved