Tetikus Initial D Ini Membolehkan Anda Menatal Pantas Dari Kedai Tauhu Fujiwara Ke Akina

TechnologyDigitalCars
12 Jan 2023 • 2:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Initial D ialah manga yang ikonik dengan siri animasi yang mempunyai ramai peminat. Ramai mengenai kereta Toyota AE86 yang dipandu oleh Takumi Fujiwara dengan ia mencapai status kultus di kalangan peminat sukan drift. Bagi peminat tegar, tetikus berbentuk AE86 Initial D telahpun dijual di Jepun.

image is not available

Ia adalah produk rasmi yang menerima kebenaran daripada Toyota dan penerbit Kodansha. Terdapat butang tatalan di bahagian bonet dan iklan untuk Kedai Tauhu Fujiwara pada sisi kedua-dua pintu kereta yang merupakan sebuah tetikus ini.

image is not available

Bahagian lampu hadapan dan belakang menyala apabila ia disambungkan kepada sebuah komputer. Ia berfungsi secara nirwayar menerusi sambungan bluetooth. Malang sekali tiada maklumat mengenai hayat bateri, kejituan laser yang dipakai dan DPI ketika beroperasi. Pratempahan tetikus Initial D ini telah dibuka di Jepun dengan ia dijual pada harga 6600 Yen (~RM219) sebuah.

View Original Article