Tetra Pak buka Pusat Inovasi Pelanggan di Bangkok, bantu syarikat F&B Malaysia cipta produk berasaskan tumbuhan

LocalBusiness & Finance
16 May 2025 • 2:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tetra Pak buka Pusat Inovasi Pelanggan di Bangkok, bantu syarikat F&B Malaysia cipta produk berasaskan tumbuhan

image is not available

16/05/2025 - 14:51

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 16 Mei – Tetra Pak membuka Pusat Inovasi Pelanggan (CIC) baharu di Bangkok bagi membantu syarikat makanan dan minuman (F&B) di Asia Pasifik termasuk Malaysia, mempercepatkan pembangunan produk dan inovasi.

Tetra Pak mempunyai pusat inovasi di Amerika Syarikat (AS), Sweden, Itali, Dubai, dan Brazil.

CIC Bangkok terletak di Menara Bhiraj, EmQuartier itu dibina bagi mempercepatkan pembangunan produk dan memendekkan masa ke pasaran dengan menggunakan teknologi terkini.

Menurut laporan Trendipedia 2023, pengguna Malaysia semakin memilih produk berasaskan tumbuhan sebagai langkah untuk menjaga kesihatan fizikal mereka.

Kategori minuman berasaskan tumbuhan global dijangka berkembang 1.9% menjelang 2024.

Naib Presiden Pemasaran Tetra Pak, Julia Luscher berkata, permintaan pengguna terhadap produk sihat dan lestari semakin meningkat terutama dalam segmen berasaskan tumbuhan.

"Inisiatif ini membuka peluang besar kepada syarikat F&B Malaysia untuk memanfaatkan pusat inovasi bagi membangunkan produk berasaskan tumbuhan sejajar dengan trend global dan matlamat kelestarian," katanya dalam satu kenyataan.

CIC menawarkan perkhidmatan lengkap daripada penyelidikan pasaran, pembangunan konsep, penghasilan prototaip sehingga pelancaran produk. Ia juga menyediakan ruang kerjasama bagi menjana dan memperhalusi idea inovatif.

Tetra Pak merancang membuka Pusat Pembangunan Produk di Rayong, Thailand untuk ujian produk dan pemilihan peralatan pemprosesan berskala besar pada 2026.

Inisiatif itu adalah usaha Tetra Pak membantu industri makanan dan minuman menyesuaikan diri dengan cabaran pasaran yang semakin kompleks serta memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam inovasi.- DagangNews.com

standard