Tewas PRU-15, BN Perlu Laksana Penelitian Terperinci - MCA

Politics
20 Nov 2022 • 3:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Chan Quin Er berkata BN harus bersikap terbuka dalam menerima keputusan dibuat rakyat, walaupun ia bermakna mereka berdepan kekalahan terbesar. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) digesa melaksanakan penelitian terperinci selepas gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan keputusan setakat jam 2.30 pagi. 

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Chan Quin Er berkata, BN harus bersikap terbuka dalam menerima keputusan dibuat rakyat, walaupun ia bermakna mereka berdepan kekalahan terbesar. 

"Kita (BN) kena duduk semeja dan semak kelemahan prestasi kita pada PRU-15. Perbincangan itu penting untuk mengetahui pelbagai faktor seperti mengapa itu sahaja kerusi kita menang. 

"Kita masih mencari apakah kelemahan yang kami hadapi dan akan dibincangkan pada mesyuarat esok," katanya kepada media ketika ditemui di Menara Datuk Onn di sini pagi ini.

Ditanya sekiranya BN akan menubuhkan kerajaan campuran, QuinEr berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kira-kira jam 8 malam hari ini. 

"Kita kena bincang (untuk laksana kerajaan campuran) (tapi) kita tak tahu lagi perkara itu kerana saya tiada autonomi untuk membuat keputusan," katanya. – Getaran, 20 November 2022