Tewaskan Selangor FC B-20, JDT III Kekal Dominasi Juarai Piala Presiden

LocalFootball
14 Nov 2024 • 10:06 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan dominasi dalam arena bola sepak tanahair apabila JDT III menjuarai Piala Presiden selepas menewaskan Selangor FC bawah 20 (B-20) tahun di perlawanan akhir, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurut laporan Harian Metro, kemenangan tersebut membolehkan JDT III bukan sahaja mempertahankan kejuaraan musim lalu, malah berjaya muncul juara buat tiga tahun berturut-turut.

image is not available

Foto: Instagram @officialjohor

Aksi kedua-dua perlawanan tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan beraksi dengan agresif bagi memburu gol pembukaan.

Peluang terbaik JDT III untuk membuka jaringan hadir pada minit ke-10, namun percubaan yang dilakukan sekadar menggegar palang gol walaupun pintu gol terbuka luas.

Pada penghujung permainan, kedua-dua pasukan terus buntu untuk meledak jaringan dan menyaksikan aksi final kedua Piala Presiden itu berkesudahan tanpa jaringan dan membolehkan JDT III mempertahankan gelaran juara Piala Presiden.

image is not available

Foto: Instagram @officialjohor

Kejayaan JDT III yang melakar hatrik kejuaraan Piala Presiden itu jelas menggembirakan seluruh penyokong Harimau Selatan dan mendapat perhatian dari pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kemenangan tersebut akhirnya memastikan kejuaraan Piala Presiden keempat buat Harimau Selatan secara keseluruhan selepas turut memenanginya pada tahun 2009, 2022 dan 2023 yang lalu.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim), Instagram @officialjohor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved