Tex Cycle peroleh lesen pengurusan sisa menggunakan teknologi BiobiN di Malaysia

LocalEnvironment
28 Aug 2024 • 9:36 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tex Cycle peroleh lesen pengurusan sisa menggunakan teknologi BiobiN di Malaysia

syaza

28/08/2024 - 09:36

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Penyedia penyelesaian pengurusan sisa dan kitar semula, Tex Cycle Technology (M) Bhd memperoleh lesen pembuatan dan pengedaran BiobiN bagi meningkatkan keupayaan syarikat dalam teknologi pengurusan sisa yang inovatif.

Kata Tex Cycle, aplikasi BiobiN yang serba boleh itu bakal meningkatkan kemampanan dengan meminimumkan kesan tapak pelupusan, mengurangkan kos pengumpulan sisa dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Tex Cycle menandatangani perjanjian dengan Ground Control Sdn Bhd, anak kumpulan milik penuh BiobiN Technologies Pty Ltd dan Peats Group Limited.

Tujuan perkongsian tersebut adalah bagi meningkatkan keupayaan Tex Cycle dalam teknologi pengurusan sisa yang inovatif dengan menggabungkan sistem BiobiN, iaitu teknologi penyelesaian pengurusan sampah yang dipelopori oleh BiobiN Technologies Pty Ltd dan Peats Group.

Menurut kenyataan hari ini, Tex Cycle berkata, menerusi perjanjian itu, Ground Control diberi hak untuk mengeluarkan dan mengedarkan sistem BiobiN di Malaysia.

"Kami menjangkakan inisiatif tersebut akan memberi impak ketara kepada amalan pengurusan sisa mampan, menawarkan penyelesaian cekap yang selaras dengan piawaian alam sekitar global," ulas TexCycle.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass A/L Anthony Francis berkata, menerusi Kerjasama tersebut bukan sahaja memajukan usaha alam sekitar tetapi meningkatkan keupayaan syarikat dalam penyelesaian pengurusan sisa yang inovatif, membolehkannya mencapai kecekapan dan kemampanan dalam operasi.

"Pengenalan teknologi BiobiN dijangka mengembangkan pangkalan pelanggan kami kerana ia memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pemilik korporat dan perniagaan untuk penyelesaian pelupusan yang mampan," ujar beliau.

Pengarah Urusan Ground Control, Harbir Gill mengulas kepentingan teknologi pelupusan hijau seperti BiobiN dalam mencapai sisa sifar ke tapak pelupusan.

“Kerjasama kami dengan BiobiN membolehkan kami memanfaatkankannya, mengalihkannya daripada tapak pelupusan sampah dan menyepadukannya ke dalam sistem pengkomposan kami, menambah nilai yang sangat besar kepada usaha kemampanan kami dan pelanggan,” ujarnya.



Pengurus Pembangunan Antarabangsa BiobiN Technologies, Danny Mitroussidis berkata, Kerjasama itu akan mempercepatkan proses berterusan keupayaan penambahbaikan dan prestasi, mengalihkan sisa organik dari tapak pelupusan, membuat kompos berkualiti tinggi, sungkupan dan penambah tanah.

"Produk yang dibuat di Malaysia akan menyediakan bahan organik yang digunakan untuk pertanian, ladang, program keselamatan makanan, projek perbandaran, landskap, penghijauan dan pengindahan projek dan lain-lain,” ulas beliau.- DagangNews.com