Ujian paling getir Huawei tahun ini ialah cuba untuk terus beroperasi selepas menerima sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat. Mereka dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana didakwa melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Walaupun perniagaan mereka terjejas, Huawei masih mampu mengeluarkan 200 juta telefon pintar lebih awal berbanding tahun 2o18.

Selain itu hampir kesemua 190,000 kakitangan Huawei diberikan gaji dua kali ganda untuk bulan ini. Selepas dikenakan sekatan, Huawei menumpukan perhatian mereka untuk lebih berdikari. Pelbagai dana kepada pembangun ditawarkan bagi menghasilkan aplikasi di dalam Huawei App Gallery menggunakan HMS.


