TGV 1 Utama kini dengan pawagam IMAX 12-saluran audio, tempat duduk dinaiktaraf

Digital
1 Dec 2023 • 3:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas pelancaran IMAX Laser basama audio 12 saluran di Pavilion Bukit Jalil dan Sunway Velocity, kini TGV turut memperkenalkan teknologi IMAX baharu ke cawangan ketiganya di 1 Utama.  Selain teknologi IMAX, TGV 1 Utama juga dilengkapi tempat duduk baharu yang menjanji tahap keselesaan dan pengalaman tontonan optimum.

image is not available

Sistem IMAX laser 4K dikatakan dapat memberikan paparan imej yang lebih tajam, jelas dan nyata serta visual realistik pada skrin besar. Manakala dengan teknologi audio 12 saluran membolehkan bunyi yang dihasilkan lebih kuat dan immersif buat penonton. Harga tiket bagi pawagam IMAX laser ini untuk dewasa adalah RM35 dan kanak-kanak RM20.

image is not available

Bagi anda yang berminat untuk merasai pengalaman IMAX laser dengan audio 12 saluran di TGV 1 Utama, bolehlah mencubanya bermula Sabtu, 2 Disember 2023. Buat masa ini hanya ada filem Napoleon sebagai pilihan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web atau muat turun aplikasi TGV menerusi Apple Apps Store atau Google Play Store.

Bacaan berkaitan: