TH umum tarikh surat tawaran haji di platform media rasmi

Politics
15 Dec 2022 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah menerusi platform-platform komunikasi rasmi agensi itu kelak.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, setelah tarikh pengeluaran surat tawaran itu diumumkan, bakal haji Malaysia bagi musim haji 1444H/2023M boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran haji telah dikeluarkan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial tentang tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

"Berita tidak sahih tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan mengenai hal tersebut.

“Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji tahun ini telah diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu bermula 25 November sehingga 17 Februari 2023 sebagai persediaan melengkapkan bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci.

"Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919," ujarnya.

View Original Article