‘Thai Help Thai’! PM Thailand Lancar Kempen, Turunkan Harga Lebih 3,000 Barang Keperluan

LocalBusiness & Finance
4 Apr 2026 • 8:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian di seluruh negara.

Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan susulan peningkatan kos sara hidup yang dipengaruhi ketidaktentuan harga tenaga global, sekali gus memberi tekanan kepada isi rumah.

Menurutnya, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Perdagangan untuk mempercepat bantuan kepada rakyat melalui kerjasama strategik bersama pengeluar serta rangkaian peruncit utama.

image is not available

Di bawah kempen tersebut, harga barangan keperluan dikurangkan hingga 58 peratus melibatkan 16 kategori, termasuk produk makanan dan barangan isi rumah seperti beras, minyak masak, mi segera, sabun, syampu dan bahan pencuci.

Antara syarikat peruncitan terlibat termasuk CP ALL, Big C dan CP AXTRA yang menawarkan harga diskaun melalui rangkaian mereka di seluruh Thailand.

image is not availableArtikel lain: Indonesia Laksana WFH Setiap Jumaat, Jimat Kos Bahan Api – Menteri

Fasa awal kempen bermula 1 April hingga akhir Mei 2026, dengan pelan untuk menukar barangan yang ditawarkan secara berkala sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai pengguna mendapat manfaat.

image is not available

Sementara itu, Menteri Perdagangan, Suphajee Suthumpun, berkata pihaknya turut merancang memasukkan produk komuniti dalam fasa seterusnya bagi membantu merancakkan ekonomi tempatan serta menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS).