Thailand kecam Kemboja isu pertikaian maritim

WorldPolitics
16 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Thailand kecam Kemboja isu pertikaian maritim

BANGKOK: Thailand menuduh Kemboja cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa dalam pertikaian sumber maritim, ketika kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu membawa isu berkenaan ke peringkat pengantaraan antarabangsa, setahun selepas tercetusnya pertempuran berdarah di sempadan darat.

Kemboja yang memulakan kes itu di Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di Singapura berkata, pihaknya berharap prosiding berkenaan dapat menghasilkan penyelesaian secara aman untuk kedua-dua negara.

Pada Mei tahun ini, Thailand secara unilateral menarik diri daripada perjanjian rangka kerja dua hala yang bertujuan menyelesaikan tuntutan bertindih mengenai sempadan maritim, namun menafikan tindakan itu mempunyai kaitan dengan pertikaian sempadan darat kedua-dua negara.

Memorandum persefahaman (MoU) 2001 meliputi wilayah maritim seluas kira-kira 27,000 kilometer persegi yang kaya dengan sumber dan dituntut oleh kedua-dua Kemboja serta Thailand.

Kemboja kemudiannya memulakan proses pendamaian yang disokong Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di PCA, dengan harapan dapat kembali kepada rundingan secara konstruktif.

Ketika membentangkan pendirian Bangkok di hadapan panel lima anggota pakar undang-undang antarabangsa, Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata, Kemboja cuba memburukkan negaranya melalui naratif palsu, memesongkan fakta dan tuduhan tidak berasas termasuk di forum antarabangsa.

“Langkah itu dilakukan dengan memainkan peranan sebagai mangsa, disertai rasa seolah-olah dirinya benar bagi meraih kedudukan moral yang lebih tinggi,” katanya.

Pertempuran pada Julai dan Disember tahun lalu menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal sebelum gencatan senjata dipersetujui.

Thailand berkata, pihaknya menarik diri daripada perjanjian rangka kerja yang dikenali sebagai MoU 44 kerana tiada kemajuan dicapai dalam pelaksanaannya. Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul menafikan tindakan itu mempunyai kaitan dengan pertempuran berkenaan.-AFP

The post Thailand kecam Kemboja isu pertikaian maritim appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved