Thailand Sambut Ketibaan Lebih 10 Juta Pelancong Asing Dan Jana Perolehan 518 Bilion Baht

Travel
20 Apr 2024 • 7:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Thailand Sambut Ketibaan Lebih 10 Juta Pelancong Asing Dan Jana Perolehan 518 Bilion Baht

BANGKOK, 20 April (Bernama) — Thailand menyambut ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia yang menjana perolehan pelancongan sebanyak 518 bilion baht (RM67.18 bilion) setakat ini.

Perangkaan Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan dari 1 Jan hingga 14 April, pelancong China merupakan kelompok lima teratas pelancong asing ke negara ini dengan lebih dua juta orang, diikuti Malaysia, Rusia (695,624), Korea Selatan (619,186) dan India (546,935).

Menteri Pelancongan dan Sukan Sudawan Wangsuphakijkosol berkata sejumlah 735,802 pelancong asing berkunjung je Thailand dari 8 ke 14 April atau secara puratanya 105,115 pelawat berkunjung ke Thailand sehari.

“Angka pelancong asing dijangka terus meningkat kerana beberapa faktor termasuk penghujung Ramadan, yang ramai menjangka akan menyaksikan peningkatan pelancong dari Malaysia selain perjanjian visa-percuma dengan beberapa negara,” katanya.

Thailand menyasarkan untuk menarik 40 juta pelancong asing tahun ini, bersamaan dengan angka prapandemik yang dicatatkan dalam 2019.

Ia juga mengunjurkan perolehan sebanyak tiga trilion baht daripada pelancong tempatan dan asing menjelang hujung tahun ini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved