Thailand sertai penyedia perkhidmatan terkemuka AIS 5G bagi promosi sektor pelancongan tempatan

Travel
24 Oct 2023 • 12:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Thailand sertai penyedia perkhidmatan terkemuka AIS 5G bagi promosi sektor pelancongan tempatan

zulfadli

24/10/2023 - 12:43

KUALA LUMPUR 24 Okt - Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) bekerjasama dengan AIS, penyedia perkhidmatan digital terkemuka, untuk mempromosi sektor pelancongan yang berkembang pesat melalui kempen pemasaran inovatif.

Timbalan Gabenor Pemasaran Antarabangsa (Asia dan Pasifik Selatan) TAT, Chattan Kunjara Na Ayudhya berkata, kempen 'Selamat Kembali ke Thailand’ bertujuan untuk menampilkan potensi negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

"Kempen baharu ini akan memudahkan perjalanan pelawat, selaras dengan matlamat Thailand untuk menggiatkan semula industri pelancongan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Kempen ini membolehkan bakal pelawat mendapatkan kad SIM 'Amazing Thailand' melalui ejen pelancongan dalam talian di negara asal mereka. Kad itu menyediakan pelancong dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi sebaik sahaja mereka turun dari pesawat.

Dibekalkan oleh Advance Info Service (AIS), Rangkaian Digital Terpantas Thailand, kad SIM menyediakan internet berkelajuan tinggi 8 gigabait bagi tempoh percubaan percuma. Ia juga menyediakan akses untuk pelbagai perkhidmatan daripada rakan kongsi gaya hidup tempatan terkemuka.

Menurut Chattan Kunjara, lebih 20 juta pelancong telah melawat Thailand setakat tahun ini, termasuk 14.7 juta dari pasaran Asia dan Pasifik seperti China, Malaysia dan India.

"Dengan harapan untuk mengekalkan momentum, TAT komited untuk menyediakan pelancong dengan perkhidmatan teratas dalam memastikan keselesaan optimum dan meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan mereka," katanya.

image is not available

Kempen telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober dan akan berterusan sehingga 31 Mac 2027.

Melalui kempen ini, TAT merancang untuk mengagihkan sejuta kad SIM kepada pelancong yang akan tiba, berserta dengan e-baucar eksklusif badan pertubuhan rakan kongsi.

image is not available

Chattan Kunjara berkata, pengagihan akan dilakukan melalui pejabat serantau Asia dan Pasifik Selatan TAT.

"Kami percaya ini akan berfungsi sebagai alat pemasaran yang berharga bersama dengan agensi pelancongan antarabangsa, syarikat penerbangan, dan persatuan," katanya.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna AIS, Pratthana Leelapanang menekankan komitmen syarikat untuk mempromosi sektor pelancongan tempatan.

"Sebagai penyedia perkhidmatan digital terkemuka negara, kami ingin memberikan pelancong pengalaman perjalanan yang terbaik-dari saat mereka tiba di Thailand.

"Pelancong hari ini biasanya bergantung kepada saluran digital untuk pelbagai aspek jadual perjalanan mereka. Ini termasuk transaksi kewangan, tempahan hotel, membeli belah, malah perkhidmatan kerajaan," katanya.

image is not available

Pratthana turut mengatakan tentang peningkatan masyarakat 'digital nomad' yang memilih untuk bekerja semasa mereka mengembara.

"Atas sebab ini, sambungan internet yang lancar adalah amat penting. Dengan 45 juta pelanggan, AIS menyediakan 5G, jalur lebar tetap dan wi-Fi berkualiti tinggi, bagi memastikan liputan penuh hampir setiap pelosok Thailand," katanya.

image is not available

Kad SIM Amazing Thailand turut menyediakan akses pelbagai rakan kongsi gaya hidup premium, termasuk Bangkok Insurance, Central Group, Central Retail, Central Pattana, Centara Hotels & Resorts, dan lain-lain.

Melalui kempen Selamat Kembali ke Thailand, pelawat layak mendapatkan makanan dan membeli belah percuma atau diskaun dan pengalaman membeli belah di destinasi pelancongan terkenal negara.

image is not available

Keistimewaan lain bagi kempen ini termasuk perlindungan insurans yang bernilai sehingga 50,000 baht, diskaun beli-belah, dan penginapan hotel. - DagangNews.com