Photo by Ikhsanico Henda Pratama from Pexels
Di kala pandemik sudah tiada, fasa endemik pula muncul dengan masih lagi mengenakan penggunaan pelitup muka di jalanan. Syarat untuk memakai pelitup muka masih lagi mandatori di negara kita namun tidak pula untuk negara jiran.
Negarai jiran kita, Thailand sudah mengambil keputusan untuk tidak perlu memakai pelitup muka di negara mereka. Adakah tindakan mereka betul-betul berani untuk bersiap siaga di masa hadapan. Pada masa kini, virus Covid-19 ini telah menampakkan penurunan yang mendadak.
Adakah kerana kes makin menurun, kita akan menuju ke arah normal yang terdahulu. Ianya adalah mungkin kerana sekarang pun kita sudah terbiasa untuk pekai pelitup muka di jalanan. Masih ada lagi yang memakai walaupun kita tidak perlu pakai di kawasan luar dan tempat terbuka.
Pelbagai aktiviti dianjurkan secara beramai-ramai dan rakyat boleh bebas untuk menjalankan aktiviti mereka. Ini adalah masa yang sesuai untuk meningkatkan ekonomi untuk persediaan akan datang. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia masih lagi tidak membaut apa-apa pengumuman berkaitan dengan isu ini.
Akan tetapi, banyak bantuan telah diberikan untuk memastikan kelestarian sejagat. Kita tidak tahu lagi apa akan jadi mendatang, hatta kita kena bersedia untuk menghadapinya. Salah satu faktor mengapa kerajaan tidak betul-betul melaksanakan tidak perlu memakai pelitup muka adalah kerana berjaga-jaga.
Negara kita akan dikunjungi ramai pelabur dan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Tidak dinafikan kerana lokasi strategik dan keselamatan kemasukan yang agak rendah memungkinkan ramai lagi pelancong untuk ke negara kita.
Menurut kajian, kadar penganggur di negara kita telah menaik dengan sangat memberangsangkan. Lihat sahaja ramai pekerja mahir tempatan telah mula mendapat tempat di kebanyakan syarikat swasta antarabangsa. Ini adalah kesan daripada kemasukan pelabur yang ramai untuk menjana pekerjaan.
Namun begitu, kita sentiasa berjaga-jaga dengan segala kemungkinan. Pelbagai penyakit yang masih lagi asing bagi kita untuk dicegahi terutamanya kepada kanak-kanak. Amalkan gaya hidup yang sihat, dan berfikir yang positif memungkinkan kelestarian dan kesejahteraan negara kita.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

