“Thank You Bakal Suamiku” – Zarina Anjoulie Kongsi Momen Beli Cincin Kahwin

Entertainment
16 Jan 2023 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal, Zarina Anjoulie telah mengumumkan dirinya bakal dirisik oleh kekasih hatinya Datuk Seri Khazrul Elzey.

Baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju telah berkongsi momen dirinya dan bakal suami sedang memilih dan membeli cincin bagi perkahwinan mereka.

Rasa teruja

@zarinaanjoulie_elzey

thank u bakal suami ku @*elzeyanjoulie* moga allah sentiasa murahkan rezeki u n panjangkan umur u i love u so much

♬ original sound – Zarina anjoulie – Zarina anjoulie

Menerusi satu video TikTok yang telah dimuat naik, Anju kelihatan gembira sewaktu memilih cincin di samping menghadiahkan seutas gelang emas buat ibunya. Manakala di ruang komen, rata-rata netizen turut teruja menanti hari bahagia mereka.

image is not available

Sebelum ini, Anju telah memberitahu kepada orang ramai bahawa dirinya akan menamatkan zaman bujang dan bakal dirisik oleh Khazrul pada hujung minggu ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media