“Thank you PMX!” – Wanita Lega Dapat Berjimat Dengan Sumbangan SARA RM100

LocalPersonal Finance
2 Sep 2025 • 5:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, iaitu SARA Untuk Semua.

Sumbangan itu telah pun dikreditkan dalam MyKad masing-masing pada 31 Ogos lalu bersempena Hari Kebangsaan.

Bantuan yang aktif sehingga 31 Disember 2025 ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di lebih 4,100 premis runcit berdaftar dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Wanita Kongsi Hasil Perbelanjaan Dengan Sumbangan SARA RM100

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Natasha berkongsi hasil diperoleh dengan perbelanjaan sumbangan SARA RM100 yang diterima.

Menerusi foto perkongsian, Natasha telah membeli beberapa kotak susu minuman, roti, mi segera, telur, tepung, minyak masak, beras, biskut, makanan dalam tin dan banyak lagi.

Katanya, dia membelanjakan kesemua sumbangan diterima di kedai runcit 99 Speedmart kerana tidak ramai orang berbanding premis lain. Jumlah keseluruhan bagi barangan tersebut adalah RM201.25.

Memandangkan setiap individu hanya menerima RM100 sahaja, Natasha telah berkongsi dengan si suami untuk membeli barang keperluan asas rumahnya itu. Baki sebanyak RM1.25 pula dibayar menggunakan wang tunai.

“Best sangat! Bahan kering bulan ni ibarat free! Terima kasih PMX! Korang kongsi la apa yang dapat beli,” tambah wanita itu.

Jelas Natasha lagi, dia dapat berjimat banyak dengan sumbangan pertama diterima olehnya.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Sumbangan SARA Diterima

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberi pelbagai pandangan tentang sumbangan berkenaan. Seorang pekerja 99 Speedmart turut berkongsi tips buat mereka yang mahu menggunakan SARA RM100 selepas ini.

“Saya sebagai cashier mencadangkan pembeli muat turun (aplikasi) MyKasih lagi-lagi kalau nak beli di 99 Speedmart kawasan rumah saya. Semua cawangan, baru pertama kali dapat mesin MyKasih.

“Kami tak berapa pasti barang apa yang boleh beli atau tak. Kalau ada apps, pelanggan boleh scan (imbas) barcode barang untuk kenal pasti barangan MyKasih,” ujarnya.

Malah hantaran tersebut juga membuatkan segelintir individu mula rasa bersyukur dengan sumbangan yang dapat membantu meringankan beban keperluan isi rumah.

“Hmm astaghfirullahaladzim, nampaknya aku kena muhasabah diri aku balik ni. Terima kasih dengan post ni, sekarang aku boleh lihat sisi baik sumbangan SARA. Selalu judge je apa-apa yang kerajaan buat. Sekarang saya nampak walaupun benda tu sikit tapi sekurang-kurangnya dapat bantu kurangkan beban yang memerlukan,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga individu berstatus bujang berkata sumbangan tersebut sangat membantu bagi menambah stok barangan kering.

“Ada betulnya juga la bantuan luar biasa. Saya bujang dapat RM100 semalam beli barang jimat untuk barang kering. Tambah RM6 je. Dari beras perang, minyak, kicap, kopi, peanut butter, madu, sos tiram, oatmeal dan sos cili,” kata pengguna SARA itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads (@a.natashazmi)

Info Tentang SARA RM100 Yang Anda Perlu Tahu

Untuk info, terdapat 14 jenis kategori barangan yang anda boleh tebus menggunakan sumbangan SARA ini iaitu:

  • Beras
  • Telur
  • Mi segera
  • Makanan dalam tin
  • Minuman
  • Bahan perasa
  • Biskut
  • Minyak masak
  • Roti
  • Produk kebersihan diri
  • Tepung
  • Barang kebersihan rumah
  • Ubat-ubatan
  • Barang keperluan sekolah

image is not available
Sumber: MyKasih

Antara kedai runcit atau pasar raya berdaftar pula adalah:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Hero Market
  • 99 Speedmart
  • Giant
  • TF Value Mart
  • Zemart
  • Eco-Shop

Untuk semakan baki, senarai barangan dan lokasi kedai berkedakatan, anda boleh rujuk melalui aplikasi MyKasih atau layari laman web [DI SINI].

Source: