“The Best Cameo! Tolong Jemput Dia Lagi” – Ramai Terhibur Dengan Lawak Anju Di Pentas Sepahtu Reunion

Entertainment
7 Aug 2023 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, selebriti sensasi Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju dijemput untuk beraksi di pentas Sepahtu Reunion Live 2023 sebagai tetamu jemputan.

Siapa sangka dengan kemunculan Anju sebagai cameo dalam pentas Sepahtu Reunion itu mampu membuat penonton ‘sakit perut’ kerana lawak spontannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Bahkan, ahli Sepahtu Reunion iaitu Jep Sepahtu turut tergamam sewaktu Anju melontarkan dialognya dan reaksi pelawak itu turut menghiburkan hati penonton.

image is not available

Susulan membuat ramai tidak kering gusi gelak dengan lawak spontannya, netizen meminta agar pelakon itu sekali lagi dijemput untuk hadir ke Sepahtu Reunion.

Bahkan ada juga merasakan Anju merupakan satu-satunya tetamu jemputan yang terbaik dan tidak kaku untuk beraksi bersama-sama ahli Sepahtu Reunion di atas pentas.

image is not available 10 months ago

"Tak Payah Lah, Tak Kelakar Pun" - Dituduh Lupa Diri, Netizen Tak Kisah Shuib Enggan Sertai Sepahtu Reunion